Isteriku Geng Usrah (Siri 2)

Prinsip

Ketika aku kecil, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal. Mungkin kerana aku terbawa-bawa kisah Sultan Muhammad Al-Fateh ketika aku masih bersekolah rendah.
Kisah itu sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Sejak itu saya bercita-cita untuk menjadi generasi yang menyumbang ke arah kebangkitan Islam. Besar betul cita-cita aku. Aku pun hairan bagaimana timbulnya perasaan itu padaku? Mungkin kerana budak-budak kalau dah suka kisah tu,dia akan berangan-angan.
Abaikanlah kisah itu. Sehinggalah aku dewasa pada usia sekolah menengah, kudapat rasakan yang cita-citaku itu bukanlah angan-angan kecil. Pada usia ini, kulihat CINTA ujian terbesar para remaja. Dengan takdir Allah, aku terbaca kisah remaja yang hanyut dengan cinta dan remaja yang tidak terpedaya dengan cinta. Keteguhan pegangan semasa kecil itu semakin teguh apabila aku berpegang teguh dalam soal cinta. Ikhtilat itu pemusnah hidup remajaku.
Jadi aku terfikir,jika aku terus begini,lemah,lalai dan alpa dalam kejahilan apa yang akan terjadi kepada cita-cita aku? Aku cuba bangun walaupun seringkali jatuh namun Allah itu Maha Mengetahui.
Dia menemukan aku dengan sebuah kumpulan usrah. Disebabkan aku menyedari cita-citaku itu, aku cuba mengikuti usrah tersebut meskipun aku rasa sepertinya berat hati. Perkara biasa apabila kita menginginkan kebaikan, itulah cabaran yang perlu dihadapi.
Oleh sebab aku telah ditanamkan dengan cita-cita seperti itu, aku sedaya upaya menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita (Ikhtilat). Ketika meningkat dewasa, aku juga diuji dengan apa yang dinamakan CINTA. Aku terus dan tetap menjaganya supaya tidak ternodai dengan apa yang dinamakan COUPLE. Alhamdulillah aku terselamat, tetapi ujian tetap ada apabila ujian hati itu timbul. Aku pernah sesekali terjebak dengan perbincangan ilmu yang bercampur baur. Hati baikku dan hati jahatku berlaga-laga membuatkan aku sedih,letih,geram,dan marah pada diriku.
Mungkin itulah kejutan-kejutan budaya yang hadir membuatkan aku sukar untuk bangun. Syukur sekali lagi, aku masih disentuh untuk mendapat peringatan Allah melalui usrah. Sepanjang aku mendapat bimbingan usrah, aku rasa inilah yang aku cari selama ini dan kini aku menjumpai mutiara itu disebalik keterpaksaan.
Sambung...

Siri 3
Kawan-kawan mesti nak tahukan bagaimana aku boleh berkenalan dengan isteri? Bukan mudah orang yang mempunyai prinsip hidup yang aneh untuk memilih insan yang akan menjadi teman sehidup sematinya.
Tak perlu bermain teka teki kerana tebakan korang tu salah.
Nantikan siri yang ketiga.
Nak tahu apa kesinambungan kisah Aku,isteriku dan geng usrah?
Ketik LIKE dan SHARE

KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN PENULIS, SESIAPA YANG MASIH HIDUP ATAU SUDAH MENINGGAL DUNIA. KISAH INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. SEMOGA MENDAPAT IBRAH DARIPADA GARAPAN INI.
Ummu Mariah
8.54PM
25/1/2018

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman