Raja Hatiku

Aku insan biasa menghadap Rabbku,
Memohon juga meminta restu,
Aku tak perlukan peneman diriku,
Aku tak perlukan penjaga hatiku,
Cukuplah Kau pemilik jiwaku,
Aku cuma menginginkan semangatku,
Melangsaikan fitrah manusiawi,
Kurniakanlah daku pemimpin jalan ini,
Pembimbing rijal dakwah ini,
Berdiri seiring pejuangMu,
Pelengkap membentuk daieMu,
Pembina jiwa muda harapanMu,
Sungguh segala yang ada padaku,
Kuserahkan padaMu Ya Rabbul Izzati,
Kaulah sebaik-baik penentu rezeki,
Kaulah pencipta cinta sejati,
Kurniakanlah pemilik hatiMu,
Terpatri cita-cita ini dengan izinMu ,
Ku tetap thabat dan utuh berdiri,
Kadang aku letih menanti,
Aku jatuh tersungkur mencari,
Aku cuba bangun dan berlari,
Mencari makna hakiki,
Tiada upaya kusedari,
Hanya Kau penakluk citaku,
Pengemudi Syurga abadiku,
Kini tiada lagi pintaku daripadamu,
Sungguh luas rezekimu,
Sungguh hebat kurniaamu,
Meski tidak di dunia,
Cukuplah di akhirat sana.

Nukilan,
Ummu Mariah Solehah

Comments

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

(Review) Cinta Potato Spring