Apapun Kita "Sahabat"


Saat kau menyapa salam itu
Aku diam memikirkan siapakah gerangan dirimu
Kau terus menyatakan mahumu
Oh kau sahabatku di medan itu
Apakah ia kebetulan atau takdirMu?
"Kak" ialah kata pertamamu buatku
Geli rasanya hatiku
Rasaku kau lebih dewasa daripadaku
Ya kematanganku kematanganmu buatkan kita bertemu
Kadangkala kematanganmu membuatkan kau terlalu yakin mahumu
Sungguh ingatlah keyakinan harus ada rasional di situ
Masa berlalu

Perjuangan perlu diteruskan
Kadangkala kau muncul dibalik birai ketikan
Menyatakan semangat perjuangan
Kusahut pesanan yang sangat terkesan
Lama jauh kita terpisah dek perjalanan
Utara ke selatan
Sangkaku kau hanya muncul difikiran

Kehadiran realiti menyampaikan hasrat diri
Hasrat yang pernah kurasai
Hasrat yang pernah kuketahui
Meski kusutmu harus dirungkai
Kubukanlah jawapannya duhai sahabat sejati
Kataku mungkin menjadi penguat hati
Pastinya jawapan hatimu pada illahi
DIA kunci hakiki
Kau Aku Dia bukanlah pemilikan abadi
Tetapi Rabbul Izzati lebih mengetahui
Sahabat sejati itu milik illahi
Hati kita jua telah Dia miliki
Pastinya takdir itu terbaik sekali

Pertemuan itu sebuah jalinan
Perpisahan bukanlah satu pilihan
Semoga "SAHABAT" kata-kata yang berkekalan

Coretan Hati
3 April 2016

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah