Posts

Showing posts from 2015

Mas Kahwin & Hantaran Murah atau Mahal?

Image
Alhamdulillah hari ini saya rasa tertarik untuk membincangkan tentang tajuk ini. Mesti ramai tertanya-tanya mengapakah? Eh...nak kahwin dah ke? Soal saya nak kahwin dah atau belum lagi tolak tepi dulu. Ada rezeki, InsyaAllah saya jemput. Berbalik kepada tajuk kita. Sejak akhir-akhir ini,banyak sangat status yang telah dikongsikan tentang mengapa mas kahwin mahal?hantaran mahal.Tak boleh ke bagi murah-murah je?Islam itu mudah,mengapa kita menyusahkan perkahwinan? Pelbagai soalan timbul akibat mentafsir hadis dan ayat Al-Quran berdasarkan maksud zahirnya tanpa memikirkan makna yang tersirat dan syariat Islam yang sebenarnya. Saya tak cakap apa yang dikatakan itu salah cuma saya mahu anak muda kini lebih cakna dan teliti sedikit tentang soal ini. Saya sendiri juga terfikir benda yang sama seperti anak muda di luar sana kerana saya juga seperti kalian. Tetapi pengalaman banyak mengajar saya supaya lebih teliti. Jadi saat saya memikirkan hal ini Allah takdirkan sahabat saya ju

Jodoh Datang Tersalah Waktu

Image
Assalamualaikum wrt. InsyaAllah hari ini saya ada sedikit perkongsian buat semua pembaca. Penulisan ini terhasil daripada adaptasi pembacaan, pertanyaan, perkongsian dan pengalaman sahabat-sahabat serta situasi yang berlaku di dunia maya jua dunia realiti sekeliling kita sebagai seorang insan. [AWAS, Penulisan ini tiada kaitan dengan penulis, yang hidup atau yang sudah mati] [Set dalam minda awal-awal perkongsian ini tidak berkait dengan couple, tetapi berkait rapat dengan cinta yang menginginkan alam perkahwinan]  JOM BACA... Ada seorang adik datang kepada seorang kakak kerana ingin bertanyakan sesuatu. "Kak, memandangkan akak lebih dewasa daripada saya, saya rasa akak sudah biasa mengalami situasi seperti yang saya hadapi sekarang ini. " "Akak pernah melalui zaman remaja seperti awak, jika akak tak pernah alami pun insyaAllah akak akan cuba berkongsi pengalaman yang akak pernah kutip daripada orang-orang hebat untuk awak." "Akak, sebenarnya sa

Penghargaan Buat Blogger Giveaway

Image
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah hari ini berkelapangan untuk mengemas blog. 2 ke 3 hari lepas saya telah mendapat tahu keputusan giveaway yang telah saya sertai. Jadi entri ini terhasil untuk menghargai pemberian para blogger yang sudi memilih saya sebagai pemenang. Pada februari lepas pun saya ada menyertai giveaway, Alhamdulillah saya salah seorang pemenang juga. Oleh sebab saya tidak sempat untuk menukilkan penghargaan buatnya, jadi saya gabungkan sekali dua penghargaan kepada dua orang blogger muda. Banyak persamaan giveaway-giveaway yang telah saya menangi ini. Nak tahu?Jom.... Giveaway pertama yang telah saya sertai ialah giveaway Syira Lokman. Tetapi mungkin bukan rezeki saya. Selepas itu saya cuba lagi giveaway Syira iaitu Giveaway 7 Hari By Syira Lokman. Kebetulan ketika itu minggu dan bulan hari lahir saya. Jadi saya pun cubalah sebagai hadiah kepada diri. Setelah 7 hari alhamdulillah saya berjaya memenanginya. Kebetulan lagi masa itu duit PTPTN sudah mencapai tahap kr

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Image
Nak Join? Tekan Banner...  Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah satu lagi giveaway yang saya nak sangat sertai sebab saya peminat utama HELLO KITTY. Setiap orang ada minat masing-masing semasa kecil. Saya minat hello kitty sejak kecil lagi cuma bukanlah seorang yang fanatik la.Sekadar suka-suka sahaja.Banyak jugalah hello kitty yang saya kumpul tetapi yang membelinya ialah adik saya yang lelaki sebab kalau saya nak beli ummi abah tak bagi,jadi gunalah adik.Adik main sekejap,akhirnya lepas la ke kakak dia. Saya suka Hello Kitty sebab Hello Kitty tak seperti kartun-kartun yang lain. Saya tidak suka kartun yang menyerupai binatang. Kalau kawan-kawan semua tahu, kita ni tak boleh simpan binatang atau benda-benda yang menyerupai binatang hanya sebagai hiasan semata-mata. Tetapi Hello Kitty ini walaupun menyerupai kucing cuma ciri-cirinya tidaklah seperti kucing sebenar. Lagipun semua yang saya kumpul digunakan.Semua hello kitty di dalam koleksi saya menemani saya semasa tidur.

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

Image
ASSALAMUALAIKUM WRT... Hari ini terasa nak sertai giveaway sahabat kita MiminAdam. Bukan apa, saya pernah diraikan dengan menang giveaway RM10 semasa sambutan hari lahir saya. Jadi hari ini kita raikan hari lahir sahabat kita pula kan. Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran kerana mafhum hadis, setiap orang Islam itu bersaudara dan sayangilah saudara kamu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri. Semoga Mimin Adam mendapat rahmat dan keberkatan Allah kerana telah menganjurkan giveaway ini supaya kegembiraan dapat dikongsi bersama-sama. Walaupun kita hanya mengenali di blog, insyaAllah ukhuwah akan berkekalan. Hargailah masa dan usia yang diberikan oleh Allah untuk melakukan apa yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang Allah larang. Ingatlah dengan bertambahnya usia kita, pelbagai nikmat selama ini telah dikurniakan buat kita. Sebagai tanda kesyukuran berikanlah sesuatu sumbangan. Meski bukan kepada orang lain, berilah kepada diri sendiri kerana tiada kita tanpa

Let's Join Giveaway Wallet By Opzzpinky

Image
Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah hari ini rasa nak tengok blog. Cuma tak tahu nak update tentang apa. Jadi selongkar punya selongkar. Saya ternampak banyak giveaway yang terpampang luas. Ada yang dah tutup, syukur yang ni masih buka. Terima Kasih kepada blogger Papaglamz yang update dan saya terbaca.  Let's Join... KLIK GAMBAR Memandangkan hadiahnya lumayan bagi saya sebab dompet saya pun zip dah tak boleh tutup. Tetapi masih digunakan lagi. Entah bila nak beli yang baru pun tak tahu. Setakat ini masih belum ada yang berkenan di hati. Syukur ada hamba Allah nak hadiahkan, apa kata kita cuba. Itu namanya usaha juga kan. Di samping sokong dan memeriahkan lagi dunia blog. Dalam masa yang sama kita berukhuwah. Wah...dua2 warna cantik ni, Tapi alangkah bahagianya jika memiliki pink sebab kalau kotor masih ceria. Tak gitu?hehe...apapun terima kasih kepada Sang Pemilik Blog Opzzpinky (Sharina Elyana) kerana sudi mengadakan giveaway ini. Semua SYARAT saya dah pe

(Review) Cinta Potato Spring

Image
Assalamualaikum wrt wbt. Alhamdulillah saya baru sahaja selesai mengkhatamkan novel CINTA POTATO SPRING karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Tercapai sudah satu Reading Goal saya setelah tamat belajar dan sebelum Latihan Industri nanti. Novel ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2015 bersama 3 buah novel lagi karya mereka. Harga Promosi buku baru karya mereka di booth Sebarkan Bahagia Resources ialah 4 buah RM 50. Apa lagi tunggu kan keluarkan baucer buku anda. heeeee Oklah selesai merapu sekejap. Kita bercerita pula tentang novel ini. Novel ini mengandungi 14 bab dan di dalamnya ada sub topik yang berkaitan. Novel ini mengetengahkan beberapa watak iaitu Watak Utama : Ameen Watak Sampingan: 1) Harris 2) Harteena 3) Ustaz Mistari 4) Ustazah Halimah 5) Ustazah Asiah 6) Hanis 7) Ustaz Hashim 8) Asyraf 9) Beberapa watak sampingan lain Cinta Potato Spring ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa di sebuah univer

CITRA WARNA KITA

Image
Tika itu Pertama kali kita bertemu Hatiku mentafsir dirimu Kaulah bintang ulung yang menyinar Jiwaku meronta untuk mendekatimu Wajahmu seindah selembut baldu Matamu bagai mutiara di lautan Putih bersih rona hidupmu Itulah dikau hai sahbatku! Kini apatah dayaku Kta jauh berbeda Walau terjalin ukhuwah seakidah Namun disekat tembok besar PERSEFAHAMAN Diriku mencuba Terus mencuba Kau makin menjauhiku Bukan pada jarak Bukan pada kedudukan Tapi pada PEGANGAN Pegangan yang menjadi visi,misi dan... Motto hayatmu Apa pun Dengan kudrat bantuan illahi Sekarang aku bersua denganmu Dikala sunyi sepi Unggas berlarian,bertebaran di angkasa raya Rohku menyoalmu Mulutmu mentafsirnya Saat ini... Fahamlah aku tentang dirimu Segalanya dapatku takhsiskan Itulah kamu! Ketahuilah sahabatku Setiap tafsiranku bersandaran Pertolongan RABBUL IZZATI kuutamakan Pengalamanku menjadi panduan Sahabat, Dengarkanlah isi hatiku Aku am