Transformasi 5 Februari

Alhamdulillah syukur nikmat dapat bersua lagi hari ini...

Saya kat sini terhad sedikit untuk post blog,malam-malam baru boleh kerana 'line wifi' terhad. Semua dah pakat balik la katakan.

Mungkin hari ini,hari bahagia buat sahabat-sahabat di luar sana. Saya pula hari ini tak tahu hari apa...hehehe...kelas tak mula lagi,daftar kursus sudah tapi perlu jugak jumpa mentor untuk bincang. InsyaAllah esok. Cumanya hari ini saya dapat satu mesej daripada seorang sahabat,bertanyakan tentang pemakaian purdah.

Katanya,Bagaimana caranya kaedah pemakaian purdah kalau dalam unit beruniform?Samada boleh buang ataupun tidak.Dia tak nak la kerana unit itu niatnya untuk memakai purdah terbatas.Takut kerana unit itu juga,dia perlu buang dan pakai purdah. Nanti apa kata orang lain,sat pakai sat buang seolah-olah dia mempermainkan semua tu.

Jadi saya tak ada cakap banyak,saya cuma tanya kenapa perlu buang?Ada arahan ke?

Sebab apa saya tanya sebegitu? Kerana setiap kita buat sesuatu pasti ada niat dan tujuan.betul tak?dan soalan itu kembali kepada niat dan tujuan kita tadi. Jika kita yakin dengan tindakan itu,kenapa kita biarkan orang suruh buang purdah itu sedangkan purdah tak menghalang pun seseorang untuk beraktiviti sebegitu. Bahkan ada berita kejayaan wanita berpurdah dalam unit beruniform. Meskipun ada permintaan ataupun arahan supaya buang,orang yang betul-betul faham dan istiqamah takkan mudah menurutinya kerana kita masih boleh berbincang. Jika menghalang kita beraktiviti,mungkin ada solusi lain selain cara kita membuang purdah. Ya muka bukan aurat,tetapi sekali kita memakai purdah,muka sudah pun menjadi aurat buat kita. Tidak semudahnya untuk kita buang tanpa sebab musabab. Tetapi sedihnya,masyarakat kini seolah menjadikannya trend dan bukan lagi seperti wanita zaman dahulu yang menutup mukanya bagi mengelakkan fitnah wanita. Kalau nak cerita bab purdah ni panjang...nanti kita sambung dalam entri yang lain ye...

Begitulah jawapan saya kepadanya. Saya cuma inginkan yang terbaik buatnya kerana untuk berubah sedrastik dia bukanlah mudah. Tidak semua orang mampu untuk melakukan sebegitu. terkadang ramai yang sudah faham,dan mereka memilih perubahan berperingkat. Kalau wanita mesti lebih kepada pakaian. Lelaki selalunya lebih kepada sikap,kalau pakaian,cuma lebai atas kepala je. Perubahan drastik hanya dipilih oleh seseorang yang kuat keazamannya dan dia mampu untuk melakukannya. Memang hebat orang seperti ini.

Saya juga banyak pengalaman berdamping dengan sahabat-sahabat yang ingin melakukan transformasi diri. Kadang-kadang saya dapat belajar sedikit sebanyak,psikologi mereka. Saya pernah mendapat mesej daripada seseorang yang saya sangat istimewa buat saya. Dia meminta saya untuk membuat tudung labuh kerana dia yakin dan bersedia untuk memakainya setelah dia faham dan mendalami sedikit sebanyak ilmu sebelum dia membuat keputusan itu. Siapa kata tak gembira masa itu. Saya sehinggakan seolah tidak percaya. Banyak kali juga cuba membuatnya ragu,ternyata dia nekad. Alhamdulillah. Saya juga pernah didampingi seorang yang baru sahaja berubah dan ingin dijelaskan tentang beberapa persoalan. Saya juga pernah bersahabat dengan sahabat yang pernah melakukan perubahan drastik kerana pada mulanya saya bertemu,dia lain,akhirnya sekarang saya berjumpa semula,dialah paling terbaik daripada saya yang entah macam mana sekarang ini. Kalau nak cerita tak habis. Ramai sangat. Lelaki ada,wanita ada. Saya hanya mampu tumpang gembira dan bahagia,meskipun bukan saya menjadi titik tolak mereka berubah tetapi biarlah perubahan mereka itu kerana Allah. Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar...

Alangkah indahnya hidup kita jika disinari Nur Allah kerana sejak kita lahir perjanjian telah kita tandatangani. Apabila kita kembali kepada fitrah,hidup kita InsyaAllah kembali tenang dalam lindunganNya. Ditambah pula hidayah Allah itu sangat eksklusif buat hambaNya yang terpilih sahaja. Ambillah peluang untuk menjadikan hari ini,saat ini,detik ini untuk kita berubah kerana hati anda telah disentuh hidayah dengan pelbagai bukti dan kenyataan yang terbentang luas di hadapan mata anda. Tambah-tambah sekarang anda dah baca entri ini kan. Saya yakin anda ada hati,ada perasaan,biar sekeras batu,mesti ada satu sisi di hati anda tersentuh jika anda membaca suatu keajaiban,kegembiraan dan kesedihan. Allah beri peluang anda baca ini pun merupakan satu peringatan. Tunggu apa lagi peluang telah tersedia luas,tinggal maju atau mundur.

Hiasilah detik ini dengan suatu yang terindah. Buat yang menyambut Hari Kelahirannya tanggal 5 Februari,saya ucapkan Sanah Helwa Ya Akhi Ya Ukhti. Terimalah naskhah kisah hati buat pedoman dan perkongsian bersama.

Terima Kasih...Sebarang Perkongsian,Boleh tinggalkan komen. Jika ada kesalahan fakta,kongsilah kerana saya juga ingin dan mahu berubah ke arah yang lebih baik bersama kalian. AMIN

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman