Pena 4 Februari 2014

Pertama sekali saya minta maaf kepada semua kerana saya baru boleh update blog ni. Hari ini saya kalut siapkan barang nak pulang ke universiti dan Alhamdulillah setelah bermusafir selama 8 jam bersama sahabat sepermainan saya,kini selamat berada di atas kerusi,menghadap blog ini demi sedikit warkah buat sahabat semua yang mempunyai cerita yang bermakna buatnya pada tarikh ini. Mungkin kerana usia semakin meningkat,mungkin detik pertemuan pertama bersama Sang Raja/ Ratu Hati anda,mungkin detik perubahan dan lain-lain lagi.

Hari ini merupakan hari yang banyak perkara penting yang berlaku dan memberi kesan yang mendalam pada diri ini. Saya sendiri tak tahu apa yang saya rasakan. Sejak melangkah keluar dari rumah demi meneruskan perjuangan di medan jihad ini,hati terasa hiba,sedih,rindu dan macam-macam lagi. Mungkin kerana hari ini semua sekolah,saya pulak balik selalunya ada ummi abah dan adik beradik hantar,kali ni salam umi abah,terus naik kereta kawan. Bukan tak rindu nak teruskan pengajian tapi bila dah kat rumah,berat pulak rasanya nak balik. Kemudian,singgah sekejap jumpa 'baby' jiran. Dah nak balik baru boleh jumpa,gembira pun ada,sedih pun ada sebab saya ni suka sangat 'baby'. Sekali pegang dah rasa macam rapat sangat. Geram! Rindu Tasneem... Seterusnya meneruskan perjalanan dengan pelbagai cerita setelah lama tak ketemu. Dengan hati yang entah menerawang ke mana. Berat sangat...Tetapi saya juga seronok sangat dapat pengalaman bayar tol. Dulu pengalaman isi minyak,kira sekarang dah pandai cuma malu je. Pengalaman tu gara-gara saya duduk belakang 'seat driver' dan tingkap sebelah pemandu tak boleh buka.(nak tergelak pun ada bila ingat balik)

Hari ini juga saya tak masak tau untuk kali terakhir kat rumah sebab saya cuba menyiapkan jahitan baju saya,tapi takdir Allah tak sempat juga siap. Jadi umi yang tolong masak bekal saya untuk di makan di perjalanan nanti. Se'tupperware' gulai ikan temenung,se'tupperware' ikan keli bakar dan sebekas nasi. Setelah masuk Zuhur,kami berhenti Solat Jama' Qasar dan makan di Azila Titiwangsa,iaitu salah satu perhentian R n R highway pantai timur. Suasananya yang sejuk seperti di Tanah Tinggi Cameron Highland tu membuat hati terasa sayu. Sejuk udaranya walaupun matahari tegak di atas kepala. "Ayaq tak habaq lagi,sejuknya MasyaAllah tahu tak,kita amik wuduk tu macam ayaq ais." Betapa sejuknya... "Sejuk gedi oghang utgha cakap." Selepas itu,kami makan bekalan yang umi buat tadi.

Justeru lepas saya makan,saya baru dapat tahu ada seorang akhawat baru sahaja keguguran kandungannya yang berusia 6 bulan. Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya saya. Baru je jenguk seorang 'baby',dapat pulak berita sedih itu untuk 'baby' yang tak lama lagi bakal lahir. (dah la saya ni jenis suka menyelami perasaan dan imaginasi sesuatu,tu sebab saya jenis cepat terasa.huhu) Kita yang tak dak pengalaman ni pun rasanya pedih,perit dan entah apa lagi rasanya,inikan pula yang mengalaminya sendiri. Begitulah peribahasa berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. InsyaAllah,mungkin itu hikmah dan tiket buat ibu bapa si kecil itu menempah tempat di syurga nanti. Sungguh mereka sangat beruntung kerana terpilih. Rezeki Allah itu lebih luas setelah dia menguji hambanya. Saya dan keluarga di sini,mengucapkan takziah dan mengirimkan doa ukhuwah semoga rezeki yang hadir pada masa akan datang itu diberkati Allah dan memberi cahaya baru buat insan tercinta. Allahuakbar sayang sungguh Sang Pencipta buat kalian sehingga memberi dugaan ini dan kalian kuat menerimanya. Walau apapun jauh disudut hati kalian,mungkin hikmahnya akan datang dapat kita lihat.

Apa yang kita boleh ambil daripada kisah ini,InsyaAllah Si Kecil itu menanti kalian bersamanya di syurga,kemudian bakal lahir lagi generasi dakwah Jeelul Quran buat gencarkan dakwah kalian,tersedianya keberkatan dengan kuat dan tabahnya kalian meredhai semua yang berlaku.

Sungguh besar hadiah buat kalian...Tabah,Sabar dan Yakin di hadapan menanti.

Wah panjang kalau kisah tentang 'baby' ni. Akhirnya sampai jua saya di Tembila. Tempat yang kami gelarkan Safari,Afrika,Saravanna,dan seangkatan dengannya. fuhhh...rindu memang rindu...rindu lagi rumah... Namun demi jihad fisabilillah kita ikhlaskan...

Sempatlah cipta ni sikit :-

Saat tibanya waktu untuk berpisah dengan keluarga terasa berat dan rindu...
Saat di pertengahan jalan terasa sangat merindui keluarga dan tak sabar menanti tibanya di Unisza...
Saat tibanya ke destinasi,biarlah semua rasa terkubur kerana yang pasti tetap pasti...




Akhir kata,ambillah dan bacalah kisah benar ini untuk dijadikan panduan kita melakukan perubahan dalam hidup kita. Jangan cakap saya tak nak hipokrit sebab sebenarnya hari-hari kita berubah. Jika anda mengatakan berubah ke arah kebaikan itu hipokrit,saya cakap betul,berubah ke arah keburukan itu jauh lebih teruk daripada hipokrit. Saya cakap tadi hari-hari kita berubah kan? kenapa? Lihat ye,adakah setiap hari kita jalani hidup yang sama seperti hari lain? Tak kan? Jadi itulah perubahan. Semua orang nak kebaikan,mana ada orang lahir-lahir nak keburukan. So,Now,Its the time for you all. Take this chance. Peluang Allah beri anda nyawa pada hari lahir anda sehingga ke usia sekarang,maka balaslah Cinta yang diberikan kepada kalian. Kalau kita ada suami pun kita nak Cinta kita di balas ye dak? Bukan tak ikhlas tetapi itulah lumrah kehidupan. Cinta perlu diungkap,Sayang perlu dibicara mengikut jalannya. Bersyukurlah anda kepadaNya kerana dipanjangkan usia dan dapat membaca karya cipisan saya ini sebagai tanda ingatanNya.

~Karya Serikandi Solehah,dengan ilmu idea daripada Allah.Selamat Membaca


DAN


Kepada Nur Shafinaz Rosli,sahabat sekelas,sekos,dan sefakulti.

Kepada Semua yang menyambutnya hari ini mengikut syariat SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN =)


Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman