3 Februari Untuk Anda

Syukur ke hadrat Allah Maha Besar sebesar-besarnya...

3 Februari 2014 telah tiba dan bakal berakhir. Tuan empunya 'keyboard' baru mampu memegangnya dan menari-nari di atasnya demi secebisan coretan buat semua pembaca.

Kelmarin saya sekeluarga bersama-sama musafir ke Perak dengan niat menghabiskan masa sekeluarga dan menghantar adik pulang ke sekolahnya. Alhamdulillah dengan cadangan si kecil adik saya,abah pun pergilah ke Zoo Taiping demi menunaikan hasrat si kecilnya yang jauh sudah angannya. Kalau diikutkan manalah kami sekeluarga biasa pergi ke tempat peranginan macam tu...Semua ni gara-gara adik pernah pergi rombongan. Sesampai di sana kami berjalan-jalan melihat ciptaan Allah yang pelbagai,daripada jenis tumbuhan sehinggalah jenis haiwan yang ada. Dah kata namanya zoo kan mesti ada Taiping...Eh?bukan tu...mesti ada binatang. Macam-macam dapat kita saksikan daripada telatah haiwan-haiwan tersebut. Dah lama-lama pusing zoo,sampailah ke tempat Unta dan Zirafah,iaitu antara haiwan yang sangat diminati ramai sebab boleh bagi makan.(entah boleh entah tidak,dah ramai bagi makan,kita randuk je,tak dak halangan pulak)Kembali kepada cerita,kami pun cuba beri makan,dalam kelekaan kami menyuapkan mereka makan,tiba-tiba berlaku satu tragedi...Unta yang sekandang dengan rusa,tidak semena-mena menggigit rusa yang cuma berkongsi makanan yang diberi oleh seorang pengunjung kanak-kanak."tau dak,lama gak dia gigit,sampai terhuyung hayang rusa tu celapak lari...berdarah ooo tengkuk dia...dan kulit bawah mulut unta menggelebeh...tak sempat rakam tragedi tu...kesian sangat." Nampak tak apa yang kita boleh belajar daripada kejadian itu? Yela,makanan tu biar cukup,tak dak la berebut nanti,sama la macam kita yang jadi suri rumah,sediakan makanan yang mencukupi dengan isi rumah,tak lebih sangat tak kurang sangat,cukup-cukup kan.hahaha...

Kalau kita ni banyak memerhatikan alam sekeliling kita dengan kaca mata yang pelbagai bentuk,kita akan banyak belajar sesuatu daripadanya. Contohnya dalam zoo sekarang ni. Kita sedia maklumkan haiwan di sana ada pelbagai jenis ragam,warna,bentuk,nama dan sebagainya. Kita boleh anggap zoo adalah satu wilayah atau kawasan dan haiwan di dalamnya ada penghuni sesuatu kawasan. Dalam satu kawasan kita ada macam-macam ragam manusia dan kita sedang melihatnya. Bagaimana kita mampu mengharmonikan sesuatu tempat jika kita tidak berperanan betul tak? Sebagai contoh,tadi berlaku tragedi unta gigit rusa kan. Semuanya berpunca daripada seorang yang memberi makanan sedikit,tidak cukup untuk kelompok yang lain dan berlaku persaingan. Jika di dalam wilayah kita,kita sebagai yang berperanan atau mudah katanya pemimpin/daie,perlu adil juga saksama. Tiada berat sebelah dan beri sesuatu pada haknya,barulah kehidupan kita aman damai,tiada pergaduhan yang menyakitkan seperti tadi. Bagi menyusun bicara amat mudah tetapi tidak semudah melaksanakannya,namun ia bukan tiket alasan untuk kita tidak melakukannya. Pemimpin/Daie perlu faham peranannya dan cuba faham tentang keperluan sekelilingnya. Kalau di zoo,kita lihat ada kucing hutan yang berjalan-jalan keliling sangkar,buaya jelutong yang diam tak berbahasa,unka yang sibuk menyusukan anak,monyet yang ralit mencari kutu bagaikan kuli dan bos,memerang licin yang lincah menarik hati sang kanak-kanak,rusa yang mesra menyambut suapan dedaunan pengunjung,beruang yang lagak beraksi di hadapan pemerhati,gajah yang lahap menyuapkan rerumput dengan belalai panjangnya,unta yang riangnya menyambut kehadiran pelancong,zirafah yang gembiranya melayani tetamu,burung kakak tua yang giat menunjukkan aksinya dan kancil yang memerhati seolah mahu meminta. Begitu jugalah kita sebagai pemimpin/daie,tidak terlepas daripada merasai jerih pahit rakyat/mad'u kita. Kita perlulah mengisinya dengan sebaik mungkin kerana dengan adanya ruang yang tak pernah cuba diisi,takut nanti zarah negatif yang meliar sehingga memporak perandakan keheningan suasana.

Adakah semuanya boleh berlaku jika kita hanya berdiam diri saat usia kita meningkat dan ummah memerlukan kita?





Ya...Topiknya di sini,dalam sesibuk mana saya bersiar-siar bersama keluarga,saya tak lupa yang hari ini HARI LAHIR ANDA...Saya ucapkan dengan ucapan SELAMAT HARI LAHIR,semoga SEMALAM menjadi ibrah kita dan isi untuk mengisi hari kita HARI INI.

Setelah penat berjalan,kami mula beredar daripada zoo tapi tak keluar dari kawasan zoo lagi tau. Kami dua beradik yang perempuan ni melencong pergi ke tempat SHOOPING barangan cenderamata."haish tak pernah kami duk mereka cipta beli benda alah tu,ada duit sikit dan kenangan pergi Zoo Taiping bersama KELUARGA kottt...benda yang tak pernah terjangka (perak sat)hehehe". Jadi yang geng-geng anak lelaki ni mai tumpang sekaki lah...Ada la beli sikit-sikit cedera matanya...dah mata tercedera bila tengok barang tu,angkut jugak la...

Apa-apapun.......

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran hari ini untuk kita memulakan hidup sudah lama dengan zat rohani yang baru.

Semoga Coretan yang sedikit ini,mamberi banyak makna buat kalian.

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman