Janji Kita



Inilah Kisah Syarifah Sajidah...

Berlalunya Januari,kini muncul pula Februari yang amat kunanti-nantikan kerana inilah bulan yang menganugerahkan sinar kehidupanku di dunia ini.Aku duduk termenung memikirkan tentang masa yang telah kulaburkan selama sebulan pada tahun baharu ini.Januariku,adakah berbaloi pelaburanku itu?Kalau berniaga,adakah membawa keuntungan kepadaku?Orang kedah kata,balik modai ka selama duk menega sebulan ni?Kumencapai kalender yang berada di atas meja.Hari demi hari aku meniti penuh teliti,aku bermuhasabah.Apa yang aku lakukan pada hari ini,sekian hari ini,sekian waktu ini.Cukupkah solatku?Amalan harianku selesaikah?Mutaba'ah amalku sempurnakah?Cutiku bermaknakah?Sungguh banyak persoalan yang timbul dibenak fikiranku,yang merenggut lubuk hatiku.Ah...betapa lalainya aku walaupun hanya diberikan sedikit keselesaan daripada Allah.Aku dikurniakan sihat,tetapi bagaimanakah caraku mensyukurinya?Allah memberiku masa yang cukup untuk terus dimanfaaatkan buat semua.Gunakah aku peluang itu.Hmmm...selesa sungguh aku sehingga tidak sedar masa pergi begitu sahaja.Aku menghabiskan masa dengan pelbagai perkara sia-sia.Sedikit sangat amal solehku.Ini baru sebulan,bentak hatiku.Kalau dibilang sejak dari kelahiranku sehingga sekarang umur mencecah Fasa 20-an...BAGAIMANA?Dimanakah Janji Kita?

Beginilah jiwa seorang remaja,hidup mereka penuh dengan persoalan yang perlukan jawapan.Dengan adanya jawapan-jawapan itu,memudahkan mereka melaksanakan misi sebagai seorang pemuda muslim dan pemudi muslimah yang sejati kerana mereka tahu tujuan,hala tuju kehidupan dan mempunyai jati diri yang kukuh.

Aku teringatkan subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah yang aku belajar semasa di tingkatan empat.Lantas kumencapai buku kesayanganku itu di rak buku.Alhamdulillah jumpa,masih ingt lg."Tanda-tanda Kekuasaan Allah".Itulah antara tajuk yang tersemat dihatiku kerana terlalu banyak misteri dan khazanah yang tersimpan di dalamnya.Sungguh besar impak kepada kita sebagai manusia yang sering lalai ini.Mataku terpaut pada ayat Al-Quran,surah Al-Mukminun:12-14.Dengan sentiasa mengingati asal kejadian manusia,kita akan sedar dan bersyukur atas nikmat kurniaan Allah.Hal ini mampu mengelakkan diri kita dari mengkufuri nikmat-Nya terhadap kita sedari lahir sehinggalah kita berjaya dan kembali semula menghadap-Nya.Aku menelusuri setiap bait-bait cerita Allah itu.

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن سُلٰلَةٍ مِن طينٍ ﴿١٢﴾(12) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;ثُمَّ جَعَلنٰهُ نُطفَةً فى قَرارٍ مَكينٍ ﴿١٣﴾(13) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا فَكَسَونَا العِظٰمَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا ءاخَرَ ۚ فَتَبارَكَ اللَّهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ ﴿١٤﴾(14) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Dalam ayat-ayat tersebut,Allah telah menceritakan tentang peringkat dan asal kejadian manusia.Kita diciptakan daripada pati iaitu tanah,kemudian pati itu menjadi setitis air benih yang hina dan ditempatkan di rahim ibu.Jika dibuang air benih itu ke tanah,ayam tak patuk,itik tak sudu.Betapa hinanya kita.Tetapi kita masih lagi berbangga dengan nikmat kebahagiaan sementara ini.Daripada setitis air benih,Allah menjadikannya sebuku darah beku.Seterusnya Dia jadikannya seketul daging.Dia ciptakan daging itu beberapa tulang.Kemudian Dia membalut tulang itu dengan daging.Akhir sekali terbentuklah makhluk yang lain sifat kejadiannya,iaitu MANUSIA.Subhanallah,sesungguhnya indah dan rapi penciptaan Allah.Nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.Namun,apakah yang telah kita lakukan bagi menunjukkan penghargaan kita kepada Allah yang telah menciptakan dan mewujudkan kita ke dunia? Kalau diberi sedikit kebahagiaan pun,kita sudah alpa...Inikan pula nikmat yang terlalu besar.Lupakah kita? Tidakkah kita rasa bersyukur dan ingin membalas jasanya? Mampukah kita? Kita ini manusia sering leka dengan nikmat dunia yang penuh tipu daya.Mata kita buta untuk melihat akhirat disebalik dunia yang fana.Menurut Prof.Madya Dr.Hayati,di dalam dunia itu terdapat akhirat.Kita tidak sedar yang dunia ini seperti pohon persinggahan yang diduduki oleh musafir yang masih dalam perjalanan.Pohon itu ibarat dunia yang sementara dan musafir itu ibarat manusia yang menuju kepada yang Abadi.Kita telah dijadikan dengan sebaik-baik makhluk tetapi kita tidak bertindak sepertimana yang Allah jadikan.Kita diberi nikmat nyawa,nikmat anggota badan yang sempurna,nikmat masa,dan pelbagai nikmat yang tidak mampu kita hitung.Adakah kita memanfaatkannya fi sabilillah? Bibir hanya mampu tersenyum sahaja.Meskipun kita tahu,kita belajar dan kita diberitahu oleh Allah tujuan kita dihidupkan di dunia ini,sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah seperti firman Allah yang bermaksud "Dan tidaklah aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan hanya untuk beribadat kepadaKu".Tetapi? Aku pula tahu dari darjah lima lagi.Belajar dalam subjek aqidah tu.Sekarang,sepanjang nyawa dipinjamkan tu,jasadku buat apa saja mengikut nafsu,masa yang diberi,aku gunakan untuk kelalaian,ibadah aku pun tak sempurna,pergi usrah tapi bila disuruh buat mutaba'ah,kosong memanjang kertas yang kena isi tu.Diri sendiri tak terurus,nak ajak orang lain buat kebaikan pun susah tahu tak,Sajidah.Hai,Sajidah...rungut hatiku.Bersyukurkah kita kalau begitulah sikap kita?

Aku tersentap daripada lamunan,saat langit mula mendung dan angin kencang memukul pintu rumah serta tingkap bilikku.Aku terus menutup tingkap dan memasang lampu.Aku duduk menatap sebuah novel sambil mendengar lagu.Selang beberapa minit,fokusku kepada novel dicuri oleh sebuah lagu nasyid yang bertajuk "Janji Kita" dendangan artis negara seberang yang muncul dicorong 'earphone' ku.Aku tertarik kepada lirik-liriknya.Kuhayati sepenuhnya

Dari segumpal darah kita ini dicipta
Dibuat dari tanah semula air yang hina
Dengan satu tujuan menjadi khalifahnya
Berbakti dan mengabdi kepada-Nya


Tapi mengapakah kita lupa pada-Nya
Setelah kita lahir ke dunia
Seolah-olah datang dengan tiada sengaja
Terlahir tanpa ada penciptanya


Alastubirobbikum kollu bala syahidna
Itulah Janji Kita kepada-Nya
Alastubirobbikum kollu bala syahidna
Itulah Janji Kita kepada-Nya





Nasyid ini membawa aku mentadabbur dua potong ayat Al-Quran surah Al-'Araf : 172-173.


وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنى ءادَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم وَأَشهَدَهُم عَلىٰ أَنفُسِهِم أَلَستُ بِرَبِّكُم ۖ قالوا بَلىٰ ۛ شَهِدنا ۛ أَن تَقولوا يَومَ القِيٰمَةِ إِنّا كُنّا عَن هٰذا غٰفِلينَ ﴿١٧٢﴾(172) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".أَو تَقولوا إِنَّما أَشرَكَ ءاباؤُنا مِن قَبلُ وَكُنّا ذُرِّيَّةً مِن بَعدِهِم ۖ أَفَتُهلِكُنا بِما فَعَلَ المُبطِلونَ ﴿١٧٣﴾(173) Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
Allah memberitahu kita bahawa sebelum lahirnya kita ke dunia ini,semasa di alam roh lagi,ketika janin berusia 120 hari atau 4 bulan,kita sudah pun membuat satu perjanjian dengan Allah Taala.

PERJANJIAN ROH

Dialog Kita dengan Allah :

Allah Azza Wajalla : Bukankah Aku tuhan kamu?
Kita                       : Benar (Engkaulah Tuhan kami)
Allah Azza Wajalla : Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan)tentang (hakikat tauhid) ini." atau supaya kamu tidak mengatakan :"Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka.

Kita telah mengakui bahawa Allah ialah Tuhan kita.Samada kita ini dilahirkan ke dunia sebagai Islam mahupun Kafir,perjanjian ini telah pun terlaksana di alam roh.Maka apabila kita dilahirkan,kita telah pun tertakluk kepada perjanjian tersebut.Dengan mengakui Allahu Rabbi,bermakna kita mengakui segala perintahnya terhadap kita.Kita membenarkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.Dalam masa yang sama juga tergalas dibahu kita tanggungjawab daripada-Nya sebagai KHALIFATULLAH.Kita juga berjanji untuk melaksanakan amanah tersebut dengan sebaiknya sepanjang hayat kita sebelum dipanggil kembali kepada-Nya.Manusia juga diperingatkan supaya tidak lupa daripada tanggungjawab dalam perjanjian itu supaya sekembalinya kita kepada Allah untuk menghitung semua amalan di dunia,kita mampu melaluinya dengan jaya bukannya memberi pelbagai alasan dan menyalahkan orang lain trehadap kelalaian yang kita sendiri lakukan.Tapi kan,mana kita ingat perjanjian roh kita dengan Allah.Ya,memang kita tidak ingat,tetapi Allah sudahpun utuskan rasul buat kita.Alim ulama' juga ada untuk dirujuk tentang suatu kebenaran.Rasulullah juga telah meninggalkan kita 2 perkara yang pasti kita tidak akan sesat jika berpegang teguh kepada kedua-duanya,iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Banyak ayat yang menceritakan tentang alam semesta ini.Bagaimana pula orang yang dilahirkan kafir?Fitrahnya kita mengakui Allah itu Tuhan kita,namun disebabkan keangkuhan kita,kita kufur terhadapnya,maka ianya bukanlah alasan untuk kita terus mencari.Hidup kita ini,Allah setkan data pencarian.Walau sehebat mana pun seorang manusia itu,kita tidak lari daripada keinginan mencari.Usaha itulah yang menjamin segalanya.Kalau tak dapat hidayah? Hurmm... Hidayah memang milik Allah tetapi semua bergantung juga kepada diri kita,hidayah tak datang bergolek,cuma Allah sudah menjelaskan segalanya dengan perkara yang berada di sekeliling kita,bahkan ada pada diri sendiri.Tidakkah kita mahu mencarinya? Manusia yang tidak mahu melaksanakannya setelah mengetahui yang Haq itu,mereka diumpamakan seerti haiwan yang ada hati,ada mata,ada telinga tetapi tidak digunakan untuk berfikir akibat dan melaksanakan amanah Allah kepada kita.Kita ini lebih teruk lagi daripada haiwan jika telah datang kepada kita suatu peringatan tentang kebenaran ayat Allah,tetapi kita gagal dan tidak mahu menunaikannya.Seperti firman Allah dalam surah Al-A'raf : 176,

وَلَو شِئنا لَرَفَعنٰهُ بِها وَلٰكِنَّهُ أَخلَدَ إِلَى الأَرضِ وَاتَّبَعَ هَوىٰهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الكَلبِ إِن تَحمِل عَلَيهِ يَلهَث أَو تَترُكهُ يَلهَث ۚ ذٰلِكَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِـٔايٰتِنا ۚ فَاقصُصِ القَصَصَ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ ﴿١٧٦﴾(176) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Hatiku terasa sebak.Siapalah diriku pada pandangan Allah.Kelalaian aku terlalu jauh.Dimanakah janjiku kepada Allah?Setakat amalan harian pun aku mengelat.Macam-macam alasan.Itu tak sempat,ini tak dak masa.Inikah dia khalifah yang membawa panji Allah?Inikah dia pejuang Rasulullah?Sungguh malu untuk mengatakan aku Cinta kepada Allah dan Rasul dengan diri yang penuh dengan kekotoran.Hati penuh dengan sifat mazmumah.Amalan wajib pun tidak sempurna kekhusyukan dan keikhlasannya.Hai,bagaimana akan tertunainya Janji Kita kalau tetap terus bersikap sebegini?Yah,Syarifah Sajidah,FEBRUARI INI,saat ini,ketika ini,detik ini,bangunlah,bangun kuatkan jati diri muslimah,bina ikatan bersama Allah,perbaiki hubungan sesama manusia,mulakan misi hidup,capai matlamat diri,fikirkan masa hadapan.Istiqamahlah dalam kearah perubahan yang baik.Mujahadahlah melawan hawa nafsu,InsyaAllah tanggungjawab terlaksana,nikmat disyukuri,dan JANJI DENGAN ALLAH KITA TEPATI.

Amin Ya Rabbul Izzati..

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman