FITRAHKAH RASA ITU?


Tatkala mentari menyepi,diriku termangu memikirkan hidup yang telah kulalui selama ini.Awan nan menghitam,membawa bayu kesedihan pergi berlalu dariku.Terkenang daku dek satu kisah yang memberi satu kesedaran buat kita manusia yang alpa dengan rasa itu,rasa Cinta,Kasih dan Sayang...

HAYATILAH wahai sahabat-sahabatku,

Sirah Tarbawi Kisah ini berlaku di Andalus,Sepanyol di mana terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki yang sebaya di suatu lokasi yang sama namun dalam situasi dan waktu yang berbeza.

Pada suatu hari,2 orang perisik menemui seorang kanak-kanak lelaki bersama senjata kayu sambil menangis bersungguh-sungguh dan 2 perisik tersebut bertanya dalam keadaan hairan,"kerana apakah kamu menangis wahai anak?"."Saya menangis kerana kecewa,bapa dan abang-abang saya tidak membenarkan saya turut serta dalam peperangan sedangkan saya terlalu berhajat untuk mati syahid.

Langsung gementar hati 2 perisik tersebut mendengar jawapan penuh semangat dan berani kanak-kanak itu.Maka mereka membuat kesimpulan,"Belum tiba masanya untuk kita menawan kembali Andalus dari tangan Muslimin".Itu kesimpulan yang dapat dibuat.

Setelah suatu tempoh yang panjang telah berlalu,tentera salib menghantar lagi 2 orang perisik ke tempat yang sama.Di lorong yang sama,mereka melihat ada kanak-kanak lelaki yang sebaya dengan kanak-kanak lelaki yang pertama sedang menangis bersungguh-sungguh bersama bunga mawar merah.Perisik itupun bertanya,"kenapa kamu menangis wahai anak?".Kanak-kanak lelaki itupun menjawab,"Saya menangis kerana kecewa,kerana cinta saya ditolak...!".

Langsung berbunga hati 2 orang perisik tersebut sambil membuat kesimpulan penting,"Sekarang adalah masanya untuk kita rampas Andalus daripada mereka!" Pengajaran Daripada kisah di atas,dapatlah kita lihat bahawa cinta telah menjadi faktor kejatuhan hebat Andalus.Ini menunjukkan bahawa ada 'sesuatu' pada cinta yang mampu melemahkan manusia.





Pendahuluan Cinta adalah fitrah yang Allah ciptakan bersama terciptanya manusia. Erti cinta mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan emosi yang meluap-luap,mempunyai perasaan yang sangat halus serta dilingkungi oleh kecemburuan yang tiada batas.Kesemuanya akan melahirkan pengorbanan yang kadang kala tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Cinta melahirkan kedamaian dan ketenteraman.Selain itu,cinta melahirkan kerelaan dan kepasrahan untuk menanggung pelbagai ujian,bahkan cinta melahirkan kesepian untuk berkorban.Dengan cinta semua cubaan terasa ringan,dengan cinta semua beban terasa remeh.Namun dengan cinta pula kecemasan dan rasa takut ditinggalkan pun mengharu-birukan perasaan. Rasa cinta adalah kurniaan Allah. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.Oleh sebab cinta itu adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah,masakan Allah memberi kita rasa cinta,bukan???


Persoalannya:Adakah cinta itu selama-lamanya FITRAH???

Mudah untuk kita mengetahui apakah rasa itu masih bersih (fitrah) atau sudah kotor.Lihatlah pada keadaan hati kita dan kejernihan hubungan kita dengan Allah.Hakikatnya,mustahil kita mampu mencintai Allah sepenuhnya dalam keadaan kemaksiatan memenuhi ruang. Cinta yang sudah tidak fitrah adalah apabila matlamat penciptaan kita sudah lari.



Apakah matlamat penciptaan kita?

Firman Allah s.w.t.:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" 

(Surah Az-Dzariyaat:56)

Firman Allah s.w.t:

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka Maha Tinggi Allah,Raja yang Sebenarnya,tidak ada Tuhan selain Dia,Tuhan(yang mempunyai) 'Arasy yang mulia" (Surah Al-Mu'minuun:115-116)

Justeru,perkara paling utama adalah kembali kepada hakikat bahawa kita hanya hamba yang diciptakan dan mempunyai amanah penciptaan.Hakikatnya rasa itu ujian.
Perasaan itu anugerah Allah tetapi jika dirasakan melalaikan,tentu ada salahnya dan mustahil Allah redha.



Ibnu Qayyim berkata yang bermaksud :

"Cubaan yang Allah berikan kepada hambaNya yang mukmin oleh sebab ia mencintai syahwat dan maksiat serta cenderung kepadanya hanyalah untuk mengiring hamba itu kepada mencintai sesuatu yang lebih utama,lebih baik,lebih bermanfaat dan lebih abadi daripada sekadar syahwat dan maksiat.Juga agar hamba itu berjuang untuk meninggalkannya demi mencapai redha Allah".
Lalu kita perlu memandang rasa itu sebagai ujian.Ujian yang mencuri kekhusyukan 'ubudiyah' kita.Dan pastilah semua itu mustahil untuk kita rasai selagi kita tidak nampak betapa pentingnya meletakkan Allah sebagai yang utama dalam seluruh kehidupan.
Ujian itu memang pedih kerana daripada ujian itu menentukan nilaian Allah terhadap kita.Daripada ujian itulah Allah mahu melihat setakat manakah kesabaran kita.Sabar terhadap setiap rangsangan nafsu.



Firman Allah :
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang sebelum kamu..." (Al-Baqarah :214)


Apakah kekuatan kita?

Dalam urusan ini, IMAN kita memainkan peranan yang paling penting.YAKIN dengan ALLAH.YAKIN dengan SUSUNAN ALLAH.


"Jangan biarkan ada krisis keyakinan dengan Allah" ~ (Novel Mawar Berduri:Fatimah Syarha)



Firman Allah yang bermaksud :
"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu..." (At-Thur:48)

Yakin bahawa susunan Allah yang kita tidak tahu itu adalah yang terbaik.Tanamkan bahawa bilamana kita memilih untuk tewas dengan bisikan syaitan bermakna kita telah memilih untuk menentukan kehidupan sendiri sekaligus meletakkan Allah bukan sebagai Penyusunatur kehidupan kita.Mengadulah pada Allah untuk setiap apa yang bermain dalam hati kita.Menangis dengan Allah saat merasai kepedihan itu.Kita tidak mampu membuang jauh fitrah itu tetapi kita mampu berdoa semoga Allah kuatkan kita dan menyusun yang terbaik dalam hidup kita.



Firman Allah :

"Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu..." (Al-Baqarah:45)

Sungguh,Hanya solat sebagai kekuatan.Berbicaralah dengan Sang Pencipta kerana Dia lebih Maha Mengetahui.Kuatkan hubungan dengan Allah kerana hanya itu ubat bagi kesakitan tersebut.
Sungguh,Tidak ada manusia yang boleh membantu melainkan kembali kepada fitrah kehambaan.
Tidak akan faham selagi tidak faham kepentingan rumahtangga yang sejahtera (Baitul Muslim/Baitul Mukmin)
Perkara ini akan dianggap remeh selagi kita tidak melihat
kepentingan pembinaan bangunan utuh sesebuah institusi keluarga Islam itu.Kepentingan pembinaan rumahtangga yang sejahtera.


"Dan janganlah kamu mendekati zina.Sesungguhnya zina itu ialah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk" (Al-Israa':32)

1.Melindungi diri dan maruah manusia yang mulia.Lalu mustahil terbinanya Baitul Muslim jika asasnya sudah mengambil jalan zina (zina hati,zina tangan dll).

"Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (At-Tahrim:6)

2.Berkasih sayang dalam rangka ketaatan kepada Allah.Saling melindungi daripada kemurkaan Allah.Justeru,mustahil semua itu akan terjadi jika asasnya sudah mengambil jalan kemaksiatan(maksiat hati,maksiat mata,maksiat tangan dll).
Yakin dengan Allah.
Allah mengatur dan merancang setiap pertemuan hingga manusia saling menyayangi.Tetapi sayang,manusia sering lupa kepada Allah malah lupa mensyukuri nikmat Allah.Agungkanlah Allah yang sudi menyusun pertemuan kita dengannya sehingga membuatkan hati kita terpaut kepadanya.Pasrahlah harapan kepada Allah.

Yakinlah dengan perancangan Allah.
Tutuplah ruang-ruang fitnah,tutuplah ruang-ruang perkenalan supaya kita tidak menyumbang kepada kelalaian diri orang lain dan diri kita sendiri.Mari bersama-sama kita pelihara hati kita kerana iman dan ilmu mudah menyelami hati yang bersih.Jika dia memang ditakdirkan Allah untuk menjadi pasangan kita,dia akan tetap menjadi milik kita.Allah yang Maha Bijaksana telah mempunyai aturan yang terbaik untuk kita.


~Yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah~

Bermujahadahlah untuk membuang perasaan yang mengundang dosa sehingga menjauhkan diri dari redha Allah.Lakukan dengan penuh sabar dan rela kerana takut,cinta dan harap pada Allah.Selagi ada iman,di situ akan ada jalan.Yakin dengan pertolongan Allah.
Perkara yang Allah haramkan ini hanya sebentar,cuma dalam tempoh belum berkahwin sahaja.Perkara yang halal lebih luas sebenarnya.Suatu ketika,kemanisan cinta akan lebih terasa setelah melalui mujahadah agar tidak tersasar dari landasannya.Di saat-saat bermujahadah,jadikan Al-Quran sebagai penawar paling mujarab kerana Al-Quran adalah warkah cinta dari Pencipta.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beribadah kepadaNya.Dia juga mencintai orang yang berdosa dan memohon keampunan kepadaNya,Dan mencintai orang-orang yang mendekatkan diri kepadaNya.


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri" (Al-Baqarah:222)

Akhir sekali,mari bersama-sama kita memelihara cinta yang lahir dari hati,anugerah Allah yang diamanahkan agar kita peliharanya supaya tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan.Tidak perlu memuja cinta kerana Pencipta Cinta lebih baik untuk dicintai dan dipuja.



~ Merasai bahawa sebenarnya orang yang kita cintai itu telah menjadi Perompak.Perompak ketenangan kita untuk mencintai Allah~
- Ayuh bersama menjadi pemuda Muslim yang bersih jiwanya daripada anak-anak panah syaitan.InsyaAllah akan tiba satu hari nanti,cinta yang kita pendam dalam hati itu akan diluahkan dengan susunan Allah.Bukankah itu lebih indah???


- Tidak mustahil untuk menjadi pemuda yang bersih kerana sejarah telah mencatatkannya.

  
Karya Editku (^_^) 

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman